Tuesday 20 April 2010

GELIGA EMBUN - RM3999

Koleksi istimewa ini memang asli. Ia dinamakan geliga embun.....mengikut kenalan lama (bangsa iban - orang tua) masa dulu kalau masa perang orang iban menggunakan geliga embun untuk pelindung dimana fungsi geliga embun ialah untuk membuat musuh susah melihat pengguna geliga embun di dalam hutan...yang kelihatan ialah seperti embun sahaja. Besar geliga embun lebih kurang 2mm dan berbentuk bulat......warna lutsinar.

Bila diletakkan di telapak tangan kanan bersama air....dan sebelah jari penunjuk tangan kiri letakkan pada tapak tangan yang mempunyai geliga embun(geliga embun di lokasi hujung jari telunjuk) insyaallah bila ditarik sampai siku(tangan dalam keadaan menegak - iaitu lokasi tapak tangan dibawah dan sikut menegak) batu embun akan mengikuti jari telunjuk tersebut...


Wallahualam

DUIT MEXICO TAHUN 1884

Duit syiling Mexico ni duit lama Tahun 1884. Siap ada no. siri.

Keris lama - RM4999



Yang unit mengenai keris ini ialah ia tidak mempunyai lok, disepanjang keris ini terdapat kesan jari-jari pembuat keris.....memang ada orang orang lama dulu membuat keris menggunakan jari untuk mencorakkan keris.....keris ini berusia lebih 200 tahun.....selalunya pembuat keris masa dahulu sebelum membuat keris memang ada amalan yang perlu dibuat....seperti berpuasa. Ada juga yang membuat keris berpandukan hari......kalendar islam.

Sarung keris dibuat dari kayu jati.


Keris Pamur Hujan Emas - RM1300

Keris ini dikategori keris lama......ia mempunyai garisan putih ditengah tengah batang keris, mempunyai 13 lok. Pertama kali dapat keris ini....petang tu badan terus lemah semacam aje......sampai lah lewat malam....baru ok. Isteri saya saja alihkan keris tu dirumah pun badan terus menjadi lemah dan tak bermaya. Apa yang di maklumkankepada saya bahawa keris tersebut mempunyai khadam....Wallahualam.....

Sunday 11 April 2010

CINCIN PERAK BATU FIRUS

cincin ini berusia lebih kurang 30 tahun.....pemegang cincin dari perak dan batu pirus bentuk bulat.(warna hijau)

Batu ini mempunyai campuran mineral tembaga, aluminium dan ferum (besi).

kekerasan batu pirus dicatatkan pada bacaan 5-6 pada skala Mohs.

Batu pirus banyak dijumpai diAmerika, Mexico, Israel,Afghanistan , dan negara Iran .