Sunday, 17 October 2010

TANDUK KIJANG - RM3999

Tanduk kijang ini mempunyai cabang, yang istimewanya tengkorak tanduk ini masih mempunyai bulu dan masih kuat.

Saturday, 5 June 2010

MANGKUK DINESTI MING - HARTA KARUN CERIBON

Alhamdulillah syukur rasa nya.....dapat satu mangkuk dinesti ming...maklumat yang saya perolehi diangarkan kalau dilelong harga antarabangsa lebih kurang rm8,600......

Tuesday, 20 April 2010

GELIGA EMBUN - RM3999

Koleksi istimewa ini memang asli. Ia dinamakan geliga embun.....mengikut kenalan lama (bangsa iban - orang tua) masa dulu kalau masa perang orang iban menggunakan geliga embun untuk pelindung dimana fungsi geliga embun ialah untuk membuat musuh susah melihat pengguna geliga embun di dalam hutan...yang kelihatan ialah seperti embun sahaja. Besar geliga embun lebih kurang 2mm dan berbentuk bulat......warna lutsinar.

Bila diletakkan di telapak tangan kanan bersama air....dan sebelah jari penunjuk tangan kiri letakkan pada tapak tangan yang mempunyai geliga embun(geliga embun di lokasi hujung jari telunjuk) insyaallah bila ditarik sampai siku(tangan dalam keadaan menegak - iaitu lokasi tapak tangan dibawah dan sikut menegak) batu embun akan mengikuti jari telunjuk tersebut...


Wallahualam

DUIT MEXICO TAHUN 1884

Duit syiling Mexico ni duit lama Tahun 1884. Siap ada no. siri.

Keris lama - RM4999



Yang unit mengenai keris ini ialah ia tidak mempunyai lok, disepanjang keris ini terdapat kesan jari-jari pembuat keris.....memang ada orang orang lama dulu membuat keris menggunakan jari untuk mencorakkan keris.....keris ini berusia lebih 200 tahun.....selalunya pembuat keris masa dahulu sebelum membuat keris memang ada amalan yang perlu dibuat....seperti berpuasa. Ada juga yang membuat keris berpandukan hari......kalendar islam.

Sarung keris dibuat dari kayu jati.


Keris Pamur Hujan Emas - RM1300

Keris ini dikategori keris lama......ia mempunyai garisan putih ditengah tengah batang keris, mempunyai 13 lok. Pertama kali dapat keris ini....petang tu badan terus lemah semacam aje......sampai lah lewat malam....baru ok. Isteri saya saja alihkan keris tu dirumah pun badan terus menjadi lemah dan tak bermaya. Apa yang di maklumkankepada saya bahawa keris tersebut mempunyai khadam....Wallahualam.....

Sunday, 11 April 2010

CINCIN PERAK BATU FIRUS

cincin ini berusia lebih kurang 30 tahun.....pemegang cincin dari perak dan batu pirus bentuk bulat.(warna hijau)

Batu ini mempunyai campuran mineral tembaga, aluminium dan ferum (besi).

kekerasan batu pirus dicatatkan pada bacaan 5-6 pada skala Mohs.

Batu pirus banyak dijumpai diAmerika, Mexico, Israel,Afghanistan , dan negara Iran .

Sunday, 21 March 2010

DUIT SYILING AMERIKA 20USD TAHUN 1898 - RM1150

mula mula memiliki duit syiling ni saya hanya perasan tahun 1898.....tapi selepas itu baru saya perasan bahawa duit syling ini duit syiling 20usd.......wah........kalau ada seratus keping duit syiling ni pada tahun 1898.....tak ke parah nak bawa kehulu dan kehilir....tak pasal pasal kena rompak.....

kayu bercantum




koleksi 2 kayu yang bercantum ni memang sukar diperolehi.......kalau tak ada pengalaman memasuki kawasan hutan memang susah nak perasan.

BULUH TUMPAT - RM199

ni buluh tumpat dari hutan di kawasan pendalaman negeri sarawak.

Thursday, 18 March 2010

wang kertas sukarno 1000rupiah tahun 1964

duit ni saya dah beli lama..........baca surah al ikhlas sebanyak 4 kali bergolong lah sedikit.......(cuba saja.....saja nak test).........maksudnya duit ini ada khadam nya.......kalau duit ni orang selalu guna untuk tarik duit......cerita tentang tarik duit ni....memang ada kawan kawan dah cuba......ada yang gagal malahan dah ada orang yang berjaya....bahkan ada antara mereka yang dapat duit kertas malaysia semua nombor siri nya sama.....ingat tau....jin pun ada teknologi tiru duit / wang kertas.....bukan saja manusia yang pandai buat tiruan...malahan jin pun ada teknologi nya......kadang kadang dapat wang betul........mungkin jin ni ambil dari tempat judi kot....hehehehehe.....kalau orang sains tak percaya tentang tarik tarik duit ni.......tapi saya tak pernah cuba.........takut takut masa tarik duit...tup tup malaikat maut datang........tak pasal pasal saya mati semasa tarik duit....tak ke parah tu...mati dalam tarik duit....mati masa sembahyang ke.....pergi haji ke.......buat kerja dakwah ke......kan berbaloi tu..........

alangkah baiknya kalau mati dalam beramal......di bangkit di akhirat pun dalam keadaan beramal...

Tuesday, 16 March 2010

WAFAQ BERKHADAM



kitab ni saya dapat dari pedalaman sarawak.....nampak macam usang....dan ditulis tangan.....setelah diberi orang tua tu.....baru dia cakap ada khadam.......nak bagi balik segan....last last simpan aje le......dipendekkan cerita malam tu saya tidur dan saja letak kitab kecil tu sebelah bantal tempat tidur(nak test)....antara tidur dan tak tidur.......kepala saya macam ditekan........macam rumah berpusing pun ada.....nafas sesak aje.....lepas tu nampak macam nenek tua pakai baju warna putih kat ruang tamu......pada masa yang sama nampak macam toyol nak hisap ibu jari kaki......apa lagi saya sepak la......dan saja je malam tu tak baca ayat pelindung.......bila susah nak halau......apalagi saya pun baca ayat kursi..........tidur pun lena........

bila di baca ayat ayat tertentu sambil memegang wafaq ni....bulu tengkuk akan berdiri dengan sendiri.......

kesimpulan;
basuhlah kaki sebelum tidur.....hehehehehehe...

kalau ada masa saya letakkan gambar kitab kecil tu........nak kata kitab pun bukan......

Saturday, 13 March 2010

JAM DINDING LAMA


jam dinding lama ini saya perolehi dari kawasan pendalam di Daro, Mukah.....susah nak sampai kat sana.....kalau perjalanan dari Mukah mengambil masa lebih kurang 3 jam....itu pun setelah menaiki 3 kali feri......saya membeli dari seorang nenek yang berusia dalam linkungan 80 tahun......nenek tua tersebut memaklumkan kepada saya dia memiliki jam tersebut semasa umur beliau dalam lingkungan 15 tahun ke 20 tahun..

mula mula saya mendapatkan jam tersebut dari nenek tu ...langsung tidak berfungsi.....cermin terbuka.....jarum jam terbuka.......dan susah hendak berfungsi.....ikhtiar punya ikhtiar last last hidup.......dan perlu dikunci untuk membolehkan gear jam berjalan....loceng pulak masih berfungsi cuma perlu di setting balik......sekarang masih berfungsi dan berdetik setiap waktu ......

DUIT SYILING YASSIN 7 - RM2999

koleksi terbaru....duti lama syiling Yassin 7.


Monday, 1 February 2010

DUIT SYILING LAMA BRITISH NORTH BORNEO ONE CENT TAHUN 1888

saya baru memiliki duity syiling 1 sent british north borneo tahun 1888. apa lagi terus saya bersihkan kerana warna sudah bertukar jadi hitam.........malam tu saya bermimpi di serang pontianak......sampi mengigau kau........wallahualam.

Sunday, 31 January 2010

TANDUK KIJANG BERBULU DAN BERMISTERI


salam semua.....jarang jugajumpa tanduk rusa yang masih ditumbuhi bulu dan masih kuat. malam pertama saya memiliki tanduk rusa tersebut saya bermimpi mengubati orang menggunakan ayat-ayat al-quran.....wallahualam.